Friday, February 27, 2009

Resipi... tak lupa citer berjalan...

Salam...

hari ni terbukak hati nak nulih dalam blog nieh... pagi tadi as usual, ain langsung tak bagi aku pegi keje... dia celik2 mata jek nengok aku dah tercegat depan dia baru jek sudah mandi.. siap ngamuk2 bila aku jawab aku nak pegi keje... takpe ya sayang.. esok umi cuti kita main lukih2 puas2 ekkk...

hari ni ingatkan nak siapkan menyalin balik segala resipi yang ada dalam buku resipi emak, tapi malangnya kengkawan, terlalu banyak measurement dalam ingredient nya yang harus di convert dulu... oz laa.. lb laa... so, yang mana nak kena convert n translate nih aku tinggalkan dulu, and letakkan yang mana yang ingredientnya a bit straight forward... hehehe.. ni kes malas jek sebenarnye.. dalam internet ni bukannya takdek online conversion page.. malas nak mencari jek...

so, ingat hari ni nak share laa gak, 1,2 resipi yang agak senang nak dishare ngan kengkawan... cuma sorrylaa... tak dek plak gambar yang boleh dimasukkan so, mungkin tak dek laa nampak tempting kan.. insya allah nanti dalam e-book bleh dimasukkan..

Nasi Dagang

Bahan-bahan:

1 cupak beras siam
1/2 tin susu beras pulut
1 biji kelapa
1 inci halia
1 camca kecil halba
30 ulas bawang merah
sedikit garam dan gula

Cara-cara:
1. Basuh beras siam dan beras pulut sehinga bersih dan direndam kira-kira 5 jam
2. Kelapa diparut dan diambil pati santannya kira-kira 11/2 tin susu dan masukkan gula serta garam.
3. Halia dan bawang merah dihiris halus serta masukkan halba dan gaul sehingga rata.
4. Beras yang direndam, dikukus sehingga masak kemudian diangkat dan siramkan dengan 4 tin susu air sejuk dan dikacau perlahan.
5. Kemudian kukus sekali lagi kira-kira 1/2 jam. Angkat dan siramkan dengan pati santan tadi.
6. Masukkan halia, halba, bawang yang dihiris halus dan kacau sehingga rata keseluruh nasi tadi.

Lauk Nasi Dagang

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
2 biji kelapa
15 tangkai lada kering (rendam dan dikisar bersama lada hidup)
7 tangkai lada hidup
20 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3 hiris kunyit
4 hiris lengkuas
4 ulas bawang putih
4 inci kulit kayu manis
5 sudu besar ketumbar
4 sudu besar jintan manis
8 kuntum bunga cengkih
4 kuntum bunga pelaga
1 inci cabir (jika ada)
sedikit buah pala dan asam jawa

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan dan dipotong 16.
2. Parut kelapa, asingkan 3 sudu besar untuk dibuat kerisik. Selebihnya diperah diambil santan.
3. Kisar halus kesemua rempah ratus dan ditumis sehingga garing.
4. Masukkan kerisik dan air asam jawa dan gaul sehingga rata.
5. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam benar-benar empuk.
6. Masukkan santan serta cili, dimasak sehingga pecah minyak.
7. Biarkan kering sedikit dan angkar untuk dihidangkan.

Acar

Bahan-bahan:

1 biji timun
3 potong nenas
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji lada hidup
3 sudu cuka makan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Hiris timun, nenas dan bawang dan masukkan kedalam mangkuk.
2. Masukkan cuka, gula, garam dan lada hidup yang dihiris nipis
3. Kacau sebati dan hidangkan bersama-sama nasi dagang dan lauk tadi.


so, puan-puan yang berminat dengan nasi dagang ni bleh laa amik resipi dari sini... speselnya resipi ni, abah amik dari Allahyarhamah tuk(mak pada abah) dan mungkin resipi ni agak lain dari resipi Terengganu sebab Allahyarhamah tuk aku orang Pekan, Pahang.. tapi insya allah dijamin rasanya memang superb... dan speselnya gak resipi ni abah tolong salinkan untuk emak masa diaorang tengah betunang dulu.. (36 tahun lepas)...

anyway, peksa last week memang sedikit mengujakan... penat sehari suntuk menjawab soklan.. udahnya ada 5 kertas yang harus dijawab... yang aku sedikit goyang nak jawab, kertas seksyen A.. maklum laa terlalu banyak soklan ekonomi yang ditanya.. kan skang ni current issues pasal ekonomi so maunya tak banyak laa kan... pasal seksyen2 lain, alhamdulillah dapat jawab dengan baik and takdek laa men tembak2 banyak sangat... cam ada member yang dah lepas cakap.. just be urself n jgn tembak2...

satu hikmahnya aku mintak pusat peperiksaan kat hometown sendiri adalah kitaorang leh in touch ngan sedara-mara kat Kuantan.. adik beradik abah ada ramai kat sana, so last week abah dapat laa jumpa ngan 3 orang adik2 dia.. poksu datang malam kitaorang sampai kat umah de.. masa aku exam plak abah bejalan2 ngan mak, aisyah n ain pegi umah pakteh ngan ayahngah.. aku jelah yang tak dapat pegi since peksa tu dari pagi (9.00pg - 4.05ptg)..

ain laa yang sonot.. dapat duit blanje ngan dapat mandi laut.. hehehehee... hari ahad tu aku pun join sama cekonon nak temankan ain n jaga dia, padahal nak lepaskan geram sebab dah lama tak mandi laut.. hohohoooo... sib bek laa tengah2 mandi hari ujan... kalu tak rasanya tak naik lagi kot.. ain siap nangis2 taknak naik.. tak puas mandi laut...

alamak... dah abih lunch time.. nak g solat plak.. nanti laa sambung lagi...

Wednesday, February 18, 2009

peksa.. ooo.. peksa...

salam...

hari sabtu nieh (21/2) aku ada peksa PTD... pas 2 tahun tak amik peksa ni tahun ni rasa cam nak pegi plak... so hari jumaat nieh akan bebondong2 laa aku, ain, mak n abah ke Kuantan sebab peksa tuh kat Kuantan nun... best gak.. leh jenjalan... Is kena keje so dia tak dapat ikut.. sob..sob..sob...

last week aku n ain balik umah mak sebab nak tgk abah yang secara tetiba diserang sakit darah tinggi dia.. dah bertahun seingat aku darah abah tak naik tetiba minggu lepas mak bagitau darah abah naik.. paling mengerikan bila abah muntah hari rabu lepas, mata sebelah kanan dia macam nak terjojol keluar n mata kanan dia merah yang tersangat merah.. mak cecepat pegi ke klinik tapi doktor soh bawak abah g jumpa pakar mata... esoknya mak mintak surat dari doktor klinik kesihatan n bawak abah jumpa doktor pakar kat hospital temerloh... masa aku balik last friday, mata abah still terjojol keluar lagik cuma abah cakap kepala dia dah tak sakit dah...

Ain masih kat kg since minggu ni aku nak kena balik untuk pegi peksa tuh... we all akan melepak n melepekkan diri kat umah De (kat Alor Akar)... wish me all the best for the peksa ya..

Thursday, February 12, 2009

Bersarang ko yerkkkk...

huhuhu...

pas dah lama gile tak berupdate, finally hari ni tergerak ati aku nak nulih balik tapi tak ada apa-apa nak citer...

huhuhuu..

jeles aku tengok orang lain leh update tetiap hari..

camne nak jadik camtu ekkkk???? ada sapa2 leh bagi idea???

huhuhuhuuu.. windu kat ain... tgk gambar dia dulu laa...








ni gambar masa raya posa arituh.. tgk laa baju yang labuh n lengan baju yang tak sempat di alter... gambar belakang, aki (abah aku) ngah tgk pb(tv bahasa ain...)




ni plak ain ngan fes kazen dia.. Luqman Hakim.. ni gambar pagi raya haji yang memang mandom gitu.. sebab dari pagi sampai laa ke petang ujan jek... tgk laa si hakim tu lagi senonoh duduknya dari anak dara aku si ain.. huhuhuuu... apa nak jadi ngan ain ni ekkkk??? (anak sapa la ni ?? sambil geleng2 kepala...)

pls ignore rumah aki ngan wan yang bersepah dek perbuatan cucu2 mereka.. ampun mak n abah...

Thursday, November 27, 2008

manjekan anak berpada-pada...

salam...

hari ni topik kita seyes sket... Is cakap apa manje kan ain kadang2 keterlaluan... pada aku bukan keterlaluan cuma dia laa yang aku ada nak aku manje kan.. Is sedey sebab aku manjekan Ain sampai dah tak 'sempat' nak manjekan dia.. hehehehe... cakap pasal manjekan anak, aku teringat pada seorang kenalan... kalu Is cakap aku manjekan Ain, akak S ni berganda2 manjekan anak2 dia... dia pernah citerkan kat aku camne dia berbelanja untuk anak2 dia bila diaorang keluar, almost 1K... memang laa kak S ni kaya (laki dia businessman) tapi bila dah skali kaluar belanje seribu, kalu 4-5 kali keluar tak namanya 4-5 ribu ke??? bila aku tanya tak rasa banyak sangat ke kak, dia cuma cakap alah untuk anak2 sendiri, bukan anak orang... hehehe... senang jadik orang kaya kan... nak belanja pun tak payah beringat untuk masa susah sok... (mintak jauh laa kan)..

bila aku tanya lagi (sekadar melayan) beli apa sampai blanje banyak camtu skali katanya nak belikan anak2 barang2 yang latest so anak2 dia tak ada la low self esteem... aku rasa cam nak ternganga mulut yang comey ni mendengarkan, takkan sebab tak ada barang2 camni self esteem jadik rendah kot... isshhhhh... pada aku yang tak berada ni, tak salah nak ajar anak2 hidup mewah, tapi ajar laa anak2 untuk earn for it.. ajar anak2 menyimpan, kalau diaorang nak apa2, simpan duit dan beli barang2 tu guna duit sendiri... tapi itu kata kita yang tak berada ni... orang berada katanya lain plak...

bila aku cerita pada Is pasal akak S dia bagitau aku yang dia pernah ada kawan yang memang mak bapak dia kaya teramat.. tapi kalau tengok mamat ni memang sempoi habih.. down to earth habis laa... masa kat kolej bapak dia cuma bagi duit RM400 sahaja untuk belanja.. dengan nak bayar duit hostel, makan, rokok and etc.. kalau agak2 nak lebih, pandai2 laa usaha sendiri... sebab bapak dia ajar dia erti setiap sen yang dia belanjakan... sampai laa skang ni mamat tu langsung tak berharap pada kekayaan mak bapak dia sebab pada dia itu duit mak bapak dia dan dia tak berhak untuk membelanjakan duit tu..

aku sok harap dapat ajar Ain camni gak.. sebab aku takut skang ni mungkin aku masih mampu sediakan Ain 'dahan' tempat dia nak berteduh.. tapi apa akan jadi bila kata laa 'dahan' tu patah ke, kena panah petir ke dan dia akan hilang tempat untuk berteduh, aku takut dia tak mampu berdiri semula... so, untuk masa ini aku dah mula ajar dia erti berjimat cermat, jangan suka membazir dan menyimpan untuk hari esok.. walaupun Ain baru nak masuk 3 thn, tapi bak kata orang tua2, melentur buluh biar dari rebung... sok kalu dah jadi buluh baru nak lentur, dilastiknya kita balik, mau lebam mato den ni haa...

Wednesday, November 26, 2008

Kisah Ain...

Uuummmiiiiiii

ye sayang... Awalnya Ain bangun pagi ni...

umi keje??? tak kan.. (sambil geleng-geleng kepala)...

umi keja laa sayang.. (Ain dah pandang aku sayu jek)

Ain nak mandi laa... nak makan ayam goreng...

owh... Ain nak ayam goreng ekk... nanti petang umi belikan ya...

ok... umi nak mandi nak g umah mama (babysitter dia)... terus bukak baju, seluar n pampers dia..

pas mandi dia ulang 2-3 kali cakap nak makan ayam goreng.. so petang ni aku singgah laa mana-mana KFC nak kena beli kat si tomey2 tuh ayam goreng... kesian baby aku sorang ni... skang ni kalu boleh tetiap hari nak manja2 pepuas baru laa dia nak tido.. mana taknya, skang ni aku bz sesangat sampaikan nak bawak dia turun bawah gi main buai pun dah jarang... dah laa abah pun semenjak keje 24/7 ni dah payah nak jumpa dia...

Ain jarang mintak apa2 so bila dia mintak nak makan ayam goreng ni aku tak sampai hati tak belikan.. tadi dah bagitau Is n Is pun soh aku belikan KFC untuk si tomey tuh.. maklum laa permata hati kan.. aku harap2 sangat Ain tak banyak songeh (tak macam aku... hehehehe) sampai ke beso.. kalu idak parah laa umi ngan abah.. ni baru sorang...