Thursday, November 27, 2008

manjekan anak berpada-pada...

salam...

hari ni topik kita seyes sket... Is cakap apa manje kan ain kadang2 keterlaluan... pada aku bukan keterlaluan cuma dia laa yang aku ada nak aku manje kan.. Is sedey sebab aku manjekan Ain sampai dah tak 'sempat' nak manjekan dia.. hehehehe... cakap pasal manjekan anak, aku teringat pada seorang kenalan... kalu Is cakap aku manjekan Ain, akak S ni berganda2 manjekan anak2 dia... dia pernah citerkan kat aku camne dia berbelanja untuk anak2 dia bila diaorang keluar, almost 1K... memang laa kak S ni kaya (laki dia businessman) tapi bila dah skali kaluar belanje seribu, kalu 4-5 kali keluar tak namanya 4-5 ribu ke??? bila aku tanya tak rasa banyak sangat ke kak, dia cuma cakap alah untuk anak2 sendiri, bukan anak orang... hehehe... senang jadik orang kaya kan... nak belanja pun tak payah beringat untuk masa susah sok... (mintak jauh laa kan)..

bila aku tanya lagi (sekadar melayan) beli apa sampai blanje banyak camtu skali katanya nak belikan anak2 barang2 yang latest so anak2 dia tak ada la low self esteem... aku rasa cam nak ternganga mulut yang comey ni mendengarkan, takkan sebab tak ada barang2 camni self esteem jadik rendah kot... isshhhhh... pada aku yang tak berada ni, tak salah nak ajar anak2 hidup mewah, tapi ajar laa anak2 untuk earn for it.. ajar anak2 menyimpan, kalau diaorang nak apa2, simpan duit dan beli barang2 tu guna duit sendiri... tapi itu kata kita yang tak berada ni... orang berada katanya lain plak...

bila aku cerita pada Is pasal akak S dia bagitau aku yang dia pernah ada kawan yang memang mak bapak dia kaya teramat.. tapi kalau tengok mamat ni memang sempoi habih.. down to earth habis laa... masa kat kolej bapak dia cuma bagi duit RM400 sahaja untuk belanja.. dengan nak bayar duit hostel, makan, rokok and etc.. kalau agak2 nak lebih, pandai2 laa usaha sendiri... sebab bapak dia ajar dia erti setiap sen yang dia belanjakan... sampai laa skang ni mamat tu langsung tak berharap pada kekayaan mak bapak dia sebab pada dia itu duit mak bapak dia dan dia tak berhak untuk membelanjakan duit tu..

aku sok harap dapat ajar Ain camni gak.. sebab aku takut skang ni mungkin aku masih mampu sediakan Ain 'dahan' tempat dia nak berteduh.. tapi apa akan jadi bila kata laa 'dahan' tu patah ke, kena panah petir ke dan dia akan hilang tempat untuk berteduh, aku takut dia tak mampu berdiri semula... so, untuk masa ini aku dah mula ajar dia erti berjimat cermat, jangan suka membazir dan menyimpan untuk hari esok.. walaupun Ain baru nak masuk 3 thn, tapi bak kata orang tua2, melentur buluh biar dari rebung... sok kalu dah jadi buluh baru nak lentur, dilastiknya kita balik, mau lebam mato den ni haa...

Wednesday, November 26, 2008

Kisah Ain...

Uuummmiiiiiii

ye sayang... Awalnya Ain bangun pagi ni...

umi keje??? tak kan.. (sambil geleng-geleng kepala)...

umi keja laa sayang.. (Ain dah pandang aku sayu jek)

Ain nak mandi laa... nak makan ayam goreng...

owh... Ain nak ayam goreng ekk... nanti petang umi belikan ya...

ok... umi nak mandi nak g umah mama (babysitter dia)... terus bukak baju, seluar n pampers dia..

pas mandi dia ulang 2-3 kali cakap nak makan ayam goreng.. so petang ni aku singgah laa mana-mana KFC nak kena beli kat si tomey2 tuh ayam goreng... kesian baby aku sorang ni... skang ni kalu boleh tetiap hari nak manja2 pepuas baru laa dia nak tido.. mana taknya, skang ni aku bz sesangat sampaikan nak bawak dia turun bawah gi main buai pun dah jarang... dah laa abah pun semenjak keje 24/7 ni dah payah nak jumpa dia...

Ain jarang mintak apa2 so bila dia mintak nak makan ayam goreng ni aku tak sampai hati tak belikan.. tadi dah bagitau Is n Is pun soh aku belikan KFC untuk si tomey tuh.. maklum laa permata hati kan.. aku harap2 sangat Ain tak banyak songeh (tak macam aku... hehehehe) sampai ke beso.. kalu idak parah laa umi ngan abah.. ni baru sorang...

Salam.... starting page aku...

salam...

hari ni idea datang mencurah-curah.. since skang ni keja pun tengah tak ada so aku pun amik kesempatan ni untuk berblog.. dulu dah ada, tapi aku berenti berblog since masa tu terlalu banyak masalah nak aku handle... hehehehe...

kali ni blog ni aku nak guna untuk cari duit... Is kata kalau benda baik insya allah Allah tolong kita.. kan..kan.. since skang ni keadaan ekonomi tak brapa stable, so aku gunakan kesempatan dan kemudahan ni untak cari duit cara moden... hahahaha... doakan aku berjaya ya friends..

blog ni akan jadi tempat untuk aku curahkan segala rasa hati pada kerja, orang2 tersayang, kawan2 dan segala yang terjadi dalam hidup aku sehari2... maaf kalau mungkin yang akan bosan membaca, tapi ini blog untuk aku bercerita... so, aku curahkan citer aku kat sini... nak kongsi, meh laa anta komen2 anda kat sini.. insya allah akan dibalas sekiranya berkesempatan... hohoho.. macam bz sangat jek... :P:P

okies laa... nak turun pegi beli air sat... dahaga pas banyak bercerita nih.. hehehehehe..