Thursday, November 27, 2008

manjekan anak berpada-pada...

salam...

hari ni topik kita seyes sket... Is cakap apa manje kan ain kadang2 keterlaluan... pada aku bukan keterlaluan cuma dia laa yang aku ada nak aku manje kan.. Is sedey sebab aku manjekan Ain sampai dah tak 'sempat' nak manjekan dia.. hehehehe... cakap pasal manjekan anak, aku teringat pada seorang kenalan... kalu Is cakap aku manjekan Ain, akak S ni berganda2 manjekan anak2 dia... dia pernah citerkan kat aku camne dia berbelanja untuk anak2 dia bila diaorang keluar, almost 1K... memang laa kak S ni kaya (laki dia businessman) tapi bila dah skali kaluar belanje seribu, kalu 4-5 kali keluar tak namanya 4-5 ribu ke??? bila aku tanya tak rasa banyak sangat ke kak, dia cuma cakap alah untuk anak2 sendiri, bukan anak orang... hehehe... senang jadik orang kaya kan... nak belanja pun tak payah beringat untuk masa susah sok... (mintak jauh laa kan)..

bila aku tanya lagi (sekadar melayan) beli apa sampai blanje banyak camtu skali katanya nak belikan anak2 barang2 yang latest so anak2 dia tak ada la low self esteem... aku rasa cam nak ternganga mulut yang comey ni mendengarkan, takkan sebab tak ada barang2 camni self esteem jadik rendah kot... isshhhhh... pada aku yang tak berada ni, tak salah nak ajar anak2 hidup mewah, tapi ajar laa anak2 untuk earn for it.. ajar anak2 menyimpan, kalau diaorang nak apa2, simpan duit dan beli barang2 tu guna duit sendiri... tapi itu kata kita yang tak berada ni... orang berada katanya lain plak...

bila aku cerita pada Is pasal akak S dia bagitau aku yang dia pernah ada kawan yang memang mak bapak dia kaya teramat.. tapi kalau tengok mamat ni memang sempoi habih.. down to earth habis laa... masa kat kolej bapak dia cuma bagi duit RM400 sahaja untuk belanja.. dengan nak bayar duit hostel, makan, rokok and etc.. kalau agak2 nak lebih, pandai2 laa usaha sendiri... sebab bapak dia ajar dia erti setiap sen yang dia belanjakan... sampai laa skang ni mamat tu langsung tak berharap pada kekayaan mak bapak dia sebab pada dia itu duit mak bapak dia dan dia tak berhak untuk membelanjakan duit tu..

aku sok harap dapat ajar Ain camni gak.. sebab aku takut skang ni mungkin aku masih mampu sediakan Ain 'dahan' tempat dia nak berteduh.. tapi apa akan jadi bila kata laa 'dahan' tu patah ke, kena panah petir ke dan dia akan hilang tempat untuk berteduh, aku takut dia tak mampu berdiri semula... so, untuk masa ini aku dah mula ajar dia erti berjimat cermat, jangan suka membazir dan menyimpan untuk hari esok.. walaupun Ain baru nak masuk 3 thn, tapi bak kata orang tua2, melentur buluh biar dari rebung... sok kalu dah jadi buluh baru nak lentur, dilastiknya kita balik, mau lebam mato den ni haa...

No comments: