Friday, March 27, 2009

Tazkirah Jumaat

salam...

hari ni mood nak godek2 blog ada sket lagik... tapi dok tukar sana tukar sini last2 stick to the last one gak... hehehehee.... yang penting isi dalam kan... yang luar tu tukar sket2 udah ler...

hari ni nak masukkan tazkirah Jumaat laa since tak dek idea nak nulih ni... insya allah kita sama-sama mendapat keberkatannya insya allah...

Keistimewaan Al-Quran

Al-Quran mempunyai keistimewaan tertentu berbanding kitab suci yang diturunkan sebelumnya. Antaranya ialah:

  1. Al-Quran merupakan pelengkap kepada semua kitab yang diturunkan sebelumnya dah kitab yang masuh ada sekarang
  2. Al-Quran ada kitab suci terakhir dan penutup kepada kitab yang diturunkan oleh Allah. Sebarang peraturan dan kitab lain tidak diperlukan lagi selepas Al-Quran kerana Al-Quran sudah merangkumi semua aspek dan lengkap sepenuhnya sebagai ikutan dan pegangan.
  3. Al-Quran sesuai digunakan dalam semua keadaan, tempat dan sepanjang zaman.
  4. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur, berbanding kitab sebelumnya yang diturunkan secara sekali gus.
  5. Keaslian Al-Quran itu terjamin dan terdapat di Luh Mahfuz.
  6. Al-Quran sebagai rujukan dan panduan dalam semua sudut dan penyelesaian masalah yang terbaik.
  7. Membaca Al-Quran dikira sebagai ibadat dan ia tidak jemu dibaca walaupun berulang-ulang kali.
Insya allah minggu depan kita sambung lagi dengan pelbagai lagi tajuk2 yang menarik... sampai ketemu dilain waktu.. wassalam...


No comments: