Tuesday, May 19, 2009

i'm stuck in the middle...

Salam..
Hohoo… bunyi cam series jek kan.. padahal takdek paper pun... cuma tak abih2 lagik ngan luahan rasa itu aj.. kekadang rasa cam bodoh jek tapi itu laa gunanya blog idaknye..

I’m stuck in the middle of janji n rasa kasih.. nak dilepas sayang.. nak ditanggung sangat membebankan.. apa patut dibuat??? Tolong laa bantu aku yang tengah stuck nieeh…

Monday, May 18, 2009

lama tak berusik...

salam...

ohohoooo.. lama nye tak berusik blog nieh... blom blh dikategorikan sebagai blogger tegar lagik niee... tapi nak wat camne minggu lepas memang kesibukkan yang melampau membuatkan aku tak boleh nak menjengah, menghapdet dan melawat ke blog kengkawan... (ceh rupa datuk2 jek.. padahal kuli cabuk ajek...)

agak bz menyelesaikan masalah keje tu yang buat aku memang tak sempat... lagi plak dengan masalah2 dalaman dan luaran yang buat aku rasa cam nak menjerit sangat2.. tapi takpe laa... berdoalah semoga keadaan kembali pulih n aku anak beranak akan kuat semula macam sebelum nie..

oklaa semua.. jaga diri bebaik.. aku sayang semua...

Tuesday, May 12, 2009

bila aku vs bila dia

* bila aku call, ngko jawab nak tak nak sampai aku pun dah malas nak call..
* bila dia , ngko bercerita macam selama nie ngko asik kena diam jek...
OOO DIA USER NGKO AJE

* bila aku sms time kej, kemain ngko marah dengan alasan time tu ajela ngko boleh lupe pasal menda lain
* bila dia sms, elok aje plak ngko membalasnya.. sampaikan yang tak sepatutnya ko balas pun ko balas jugak...
OOO DIA USER NGKO AJE...

* bila aku diam, ngko pun sama diam jugak.. agaknya dah tak ada topik yang boleh kita bualkan...
* bila dia diam, ngko bertanya macam dah tak ada hari esok...
OOO DIA USER NGKO AJE.. LUPE PLAK AKU...

* bila aku bercerita, ngko kata aku ngadu nak mintak perhatian... padahal aku cuma bercerita, berkongsi rasa..
* bila dia bercerita, mengadu rasa, yang tak patut ngko fikirkan pun ngko tolong fikirkan.. maklum laa...
DIA CUME USER NGKO AJER...

* bila aku rasa down gile ibab, aku tak ada sapa2 nak bercerita, menasihati melainkan diari, blog n ain...
* bila dia rasa down gile, bukan main ngko pujuk dia, maklumla dia yang ada dalam hati dan fikiran ngko masa tu..
OOOOO AKU NIE ASIK LUPE, DIA TU USER NGKO AJE....

p/s; cuma luahan hati... tak ada kena mengena antara yang masih hidup mahupun yang telah menginggal dunia...

Monday, May 11, 2009

errrr... berkecamuk...

salam..

hari ni aku rasa sangat2 berkecamuk dalam diri.. well ekceli dari semalam perasaan tak tentu hala sket.. mungkin disebabkan satu dua perkara yang membuatkan aku rasa aku ni dah tak diperlukan disisi dia... paling aku kesian, ain pun turut sama menjadi mangsa... sampainya hati aku... kadang2 aku rasa tak patut aku layan rasa hati ni tapi kalau tak aku sapa lagik??? nak harapkan dia, well sampai nanti pun takkan selesai...

aku tau menda ni akan berulang semula satu hari nanti.. sebenarnye pun bukan fes time.. dah berkali2 pun jadik... tapi kali ni aku nk tengok sampai mana benda ni akan berlarutan.. sebab yang sebelum2 ni memang terbukti cakap aku, dia akan kena akibat perbuatan dia... and yang paling aku tak sangka dia sendiri pun tak belajar dari kesilapan or should i say stupidity?

what ever it is.. i have to move on.. tak sanggup nak terus berada dalam masalah ni.. apa yang bakal dia hadapi tu terpulang pada dia sendiri... bear ur own risk kata omputis.. kata orang melayu berani buat berani tanggung... dan aku pun akan tanggung risiko aku sendiri dengan mengambil langkah ini.. insya allah aku tau aku berada dipihak yang benar... dan aku ada keluarga yang sentiasa bersama2 dengan aku...

Tuesday, May 5, 2009

Hargailah isteri anda......

Dapat email ni dari seorang teman untuk dikongsi bersama...

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...

Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,

Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih...


Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.
.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"


Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

errr.. kisah cuti

salam...

selepas bercuti panjang aku kembali mengapdet blog... banyak cerita tapi tak tau dari mana nak dimulakan... memula aku ingatkan nak sambut hari pekerja kat kl jek tapi malam 30/4 tuh mak awal2 dah kol bagitau adik aku si de nak balik ngan family dia so aku pun bagitau Is yang aku nak balik kg sekejap... makanya happy la mak ngan abah sebab anak2 n cucu2 dia ada berkumpul kat umah kecuali adik aku si alang yang skang ni blajar kat instep, petronas kat kuala terengganu..

best bila adik beradik n cucu2 ada berkumpul ni tau.. memang havoc gile sebab cucu2 aki ngan wan memang jenis yang langsung tak reti diam.. udah ler mulut memasing bising tot tet tot tet jek pastu tekak memasing plak memang 'beso'... si hakim (anak de) skang ni dah dekat 2 tahun so dah makin bijak n manje.. yang si ain plak memang sentiasa jadik radio bergerak... aki ngan wan hanya mampu urut dada jek laa...

bila dah berkumpul reramai tu macam2 laa citer yang keluar idaknya... adik aku si aisyah (acu) ngan citer kat hostelnye.. de citer pasal pengalaman dia belayar n ani ngan students kat kolej komuniti gambangnya... yang si hakim ngan kisah dia bakal dihantar ke nursery/babysitter for the first timenya n macam2 citer lagik laa... pastu bila dah camtu, mak pun mula laa keluarkan macam2 resipi yang best2 yang dia hanya masak time anak2 balik jek... memang best sangat...

aku cam biasa tukang mendengar n menambah mana2 part yang patut ditambah... kalau dulu masa aruah akak ada dia pun sama gak.. hehe... sedar tak sedar dah 7 tahun dia meninggal... cepat betul masa berlalu kan.. insya allah nanti aku akan wat post khas untuk dia...

owait laa... dah nak sambung tugasan yang tertangguh tadi... insya allah akan disambung nanti yeah... take care everyone.. luv yah...

p/s: sorry tak dapat aplod gambar lagik.. nanti akan diaplodkan.. tak transfer lagik dari fon...